Jepun lapor cuaca ekstrem di banyak kawasan; suhu cecah 40 darjah Celsius
Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Jepun berdepan gelombang haba luar biasa, dengan suhu hampir mencecah 40 darjah Celsius di kawasan Tokai hingga Kanto pada Ahad (7 Jul).
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran strok haba di 26 wilayah, sambil menggesa para penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap cuaca panas yang berpotensi membawa maut.
Suhu siang hari dijangka melonjak melebihi 40 darjah Celsius, dengan lebih 200 lokasi di Jepun merekodkan cuaca panas melampau tahun ini, lapor Xinhua.
Pada Ahad (7 Jul), suhu di Tokyo diramal mencapai 36 darjah Celsius, di Maebashi dan Chichibu sekitar 39 darjah Celsius, manakala beberapa kawasan pedalaman di Kanto dijangka mencecah 40 darjah Celsius, menurut JMA.
Gelombang haba kali ini menyebabkan peningkatan kes strok haba di banyak kawasan.
Dua penduduk warga emas di wilayah Ehime dan Tokushima dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba, manakala Tokyo melaporkan 119 kes yang sama, termasuk tiga kes kritikal membabitkan warga emas.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.