Jepun lancar kapal angkasa H2A bawa pendarat bulan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: STR / JIJI Press / AFP)
TOKYO: Jepun melancarkan roket H2A pada Khamis (7 Sep) yang membawa pendarat bulan, dalam usaha negara itu menjayakan pendaratan pertamanya ke bulan selepas tiga penangguhan dalam seminggu pada bulan lalu akibat cuaca buruk, lapor Xinhua.
Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) menyatakan kapal angkasa itu berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di wilayah barat daya Kagoshima pada pukul 8.42 pagi waktu tempatan.
Kapal angkasa itu membawa Smart Lander JAXA untuk Menyiasat Bulan atau SLIM yang tugasnya, termasuk menunjukkan teknik pendaratan yang tepat dan memeriksa batu-batuan di bulan.
Pendaratan bulan SLIM dijadualkan pada awal tahun depan. Jika misi itu berjaya, Jepun akan menjadi negara kelima di dunia yang menghantar pendarat ke bulan.
Kapal angkasa buatan tempatan itu juga membawa Misi Pengimejan dan Spektroskopi X-Ray atau XRISM untuk memerhati plasma dalam bintang dan galaksi.
Ia adalah pelancaran pertama kapal angkasa besar Jepun sejak pelancaran sulung kapal angkasa H3 generasi seterusnya yang gagal pada Mac.

Sumber : Bernama/At/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.