Jepun kerah 1,400 anggota bomba untuk padam kebakaran hutan di utara
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah helikopter menyembur air di kawasan hutan Otsuchi yang sedang dijilat api pada 25 April 2026. (Gambar: Reuters/Kim Kyung-Hoon)
OTSUCHI, Jepun: Jepun mengerahkan 1,400 anggota bomba dan 100 anggota Pasukan Pertahanan Diri untuk memadam kebakaran gunung di bahagian utara negara itu, sedang kebakaran yang kini memasuki hari kelima berturut-turut pada hari Ahad (26 Apr), terus mengancam sebuah bandar pantai yang indah.
Setakat awal pagi Ahad, api memusnahkan kawasan seluas 1,373 hektar, meningkat 7 peratus daripada sehari sebelumnya.
Kebakaran itu mengancam kawasan kediaman Otsuchi di Pantai Pasifik - sebuah bandar yang kehilangan hampir sepersepuluh penduduknya dalam salah satu bencana terburuk Jepun, iaitu gempa bumi dan tsunami Mac 2011.
Perintah berpindah dikeluarkan kepada 1,541 isi rumah atau 3,233 penduduk, iaitu sekitar sepertiga daripada penduduk Otsuchi.
"Walaupun Pasukan Pertahanan Diri memadam api dari udara (dengan helikopter), cuaca kering dan angin menyebabkan kebakaran merebak," kata Datuk Bandar Otsuchi Kozo Hirano di satu sidang media.
Tiada hujan dijangka di rantau itu pada Ahad atau Isnin, tetapi hujan renyai-renyai diramala melanda buat tempoh singkat pada Selasa, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Punca kebakaran tidak jelas dan sedang disiasat.

Sumber : Reuters/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.