Jepun halang wartawan bebas veteran negara itu ke Yaman
Jepun menghalang seorang wartawan bebas veteran negara itu pergi ke Yaman untuk membuat laporan.

Seorang anggota tentera pemerintah di kota Hodeidah, Yaman pada 15 Dis 2018 (Gambar: AFP)
TOKYO: Jepun menghalang seorang wartawan bebas veteran negara itu pergi ke Yaman untuk membuat laporan.
Kosuke Tsuneoka diperintah menyerahkan pasportnya semasa berada di Lapangan Terbang Haneda.
Beliau merancang untuk membuat liputan bagi program-program kemanusiaan dan bantuan di Yaman yang dilanda perang saudara sejak 2015.
Keputusan itu dibuat di tengah-tengah perbahasan di Jepun sama ada para wartawan negara itu perlu dihalang daripada pergi ke zon-zon perang.
Ia berikutan beberapa kejadian pembunuhan dan penculikan wartawan serta warga Jepun lain di kawasan-kawasan konflik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.