Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun guna tisu tandas bantu remaja yang ingin bunuh diri

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun guna tisu tandas bantu remaja yang ingin bunuh diri

(Gambar: Yamanashi Prefectural Office/AFP/Handout)

Diterbitkan : 21 Nov 2022 09:54PM Dikemas Kini : 21 Nov 2022 09:54PM
TOKYO: Pihak berkuasa Jepun sedang mencuba pendekatan baru untuk menangani masalah bunuh diri yang sudah lama membelenggu negara itu. Ini dengan mencetak mesej sokongan pada kertas tisu tandas.

"Kepada anda yang mungkin ingin menamatkan segalanya," tertera tulisan pada kertas tisu tandas itu.

Ia adalah inisiatif baru untuk mendekati golongan belia yang berdepan dengan masalah dan ingin membunuh diri di negara itu.

Bunuh diri adalah masalah yang sudah sekian lama membelenggu Jepun dan seperti di kebanyakan kawasan, negara itu menyaksikan kenaikan dalam jumlah kes bunuh diri semasa pandemik COVID-19.

Jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah yang mati akibat bunuh diri mencecah rekod baru 499 pada 2020, menurut Kementerian Kesihatan Jepun.

Pegawai di Yamanashi berpendapat bahawa mencetak mesej sokongan dan talian hotline mencegah bunuh diri pada helaian kertas tisu tandas itu mungkin berkesan dan cara yang bijak untuk membantu golongan belia yang tertekan.

"Anda bersendirian di dalam tandas. Kami merasakan bahawa pada saat-saat seperti ini anda mungkin lebih cenderung untuk merasa sedih", pegawai Yamanashi, Kenichi Miyazawa memberitahu AFP.

Kempen itu melibatkan 6,000 gulungan kertas tisu tandas yang dicetak dengan mesej dan nombor telefon yang diedarkan kepada 12 universiti daerah di negara itu bulan lalu.

Ilustrasi seekor kucing dan wanita yang memegang payung dan memandang ke langit menghiasi tisu berkenaan, dengan mesej yang ditulis oleh karyawan kesihatan mental, bertujuan untuk menghilangkan rasa kesunyian.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa