Jepun dijangka punyai PM wanita pertama selepas Sanae Takaichi dipilih LDP sebagai ketua baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Parti pemerintah Jepun memilih ahli nasionalis konservatif Sanae Takaichi sebagai ketua baharu. (Gambar: Kim Kyung-Hoon/AFP)
TOKYO: Parti pemerintah Jepun memilih ahli nasionalis konservatif Sanae Takaichi sebagai ketua baharu mereka pada Sabtu (4 Okt), sekali gus memberi beliau peluang untuk mengikut jejak langkah idolanya, mantan pemimpin Britain Margaret Thatcher, dan seterusnya menjadi Perdana Menteri wanita pertama negaranya.
Parti Liberal Demokratik (LDP) memilih Takaichi, 64 tahun, untuk mendapatkan semula kepercayaan daripada rakyat yang marah dengan kenaikan harga dan tertarik kepada kumpulan pembangkang yang menjanjikan rangsangan besar dan tindakan keras terhadap orang asing.
Beliau menewaskan Shinjiro Koizumi, 44 tahun, dalam undian penentuan, selepas pusingan pertama pengundian lima calon tidak menghasilkan pemenang mutlak. Beliau menerima 185 undi, mendahului Encik Koizumi dengan 156 undi, dalam pilihan raya penentuan itu.
Undian di parlimen untuk memilih perdana menteri bagi menggantikan Encik Shigeru Ishiba dijangka diadakan pada 15 Oktober.
PARTI DALAM KRISIS
Presiden LDP yang baharu berkemungkinan besar akan menggantikan Encik Ishiba sebagai pemimpin ekonomi keempat terbesar di dunia kerana parti itu, yang sudah memerintah Jepun hampir sepanjang tempoh pasca perang, adalah yang terbesar di parlimen.
Namun, ini tidak dijamin kerana parti itu dan rakan gabungannya kehilangan majoriti mereka di kedua-dua dewan di bawah Encik Ishiba pada tahun lalu.
Jika disahkan sebagai PM Jepun seterusnya, menganjurkan lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Jepun akhir bulan ini dijangka menjadi salah satu tindakan pertama Cik Takaichi sebagai pemimpin.
"Daripada berasa gembira, saya rasa kerja keras bermula di sini," kata Cik Takaichi dalam ucapan kepada rakan-rakan penggubal undang-undang LDP selepas kemenangannya.
Cik Takaichi, satu-satunya wanita dalam kalangan lima calon LDP, mengalahkan cabaran daripada Encik Koizumi yang lebih sederhana, yang berusaha untuk menjadi pemimpin paling muda negara itu dalam era moden.
Seorang mantan menteri keselamatan ekonomi dan hal ehwal dalam negeri dengan agenda ekonomi yang meluas, Cik Takaichi mewarisi sebuah parti yang sedang dalam krisis.
Pelbagai parti lain, termasuk Parti Demokratik untuk Rakyat yang mementingkan fiskal meluas dan Sanseito antiimigresen telah secara berterusan menarik pengundi, terutamanya yang lebih muda, menjauhi LDP.
"Baru-baru ini, saya mendengar suara-suara keras dari seluruh negara mengatakan kami tidak tahu apa lagi yang dipertahankan oleh LDP," kata Cik Takaichi dalam ucapannya sebelum undian pusingan kedua.
"Perasaan mendesak itu mendorong saya. Saya mahu mengubah kebimbangan rakyat tentang kehidupan harian mereka dan masa depan menjadi harapan," tambahnya.
Cik Takaichi menawarkan visi perubahan yang lebih jelas berbanding Encik Koizumi dan berpotensi lebih mengganggu.
Sebagai penyokong strategi "Abenomics" mantan perdana menteri Shinzo Abe untuk menjana ekonomi dengan perbelanjaan agresif dan dasar kewangan mudah, beliau menyeru pemotongan cukai untuk meredakan kenaikan kos sara hidup dan sebelum ini mengkritik kenaikan kadar faedah Bank of Japan.
Perubahan dasar sedemikian boleh menakutkan pelabur yang bimbang tentang salah satu beban hutang terbesar di dunia.
Cik Takaichi juga membangkitkan kemungkinan untuk menyemak semula perjanjian pelaburan dengan Encik Trump yang menurunkan tarif hukuman beliau sebagai balasan untuk pelaburan yang disokong pembayar cukai Jepun.
PEMINAT 'HEAVY METAL'
Cik Takaichi berulang kali merujuk kepada Cik Thatcher sebagai sumber inspirasi, memetik karakter dan keyakinannya yang kuat ditambah dengan "sifat kelembutan wanita".
Beliau berkata beliau bertemu Cik Thatcher yang konservatif, tokoh yang memecahbelahkan dalam politik Britain yang dikenali sebagai "Wanita Besi", di sebuah simposium sejurus sebelum pemergian Cik Thatcher pada tahun 2013.
Seorang pemain dram dan peminat muzik 'heavy metal', Cik Takaichi tidak asing dalam kelantangannya bersuara.
Kedudukan nasionalistiknya - seperti lawatan tetapnya ke kuil Yasukuni untuk memperingati mereka yang gugur dalam perang Jepun, yang dilihat oleh beberapa negara jiran Asia sebagai simbol militarisme masa lalunya - mungkin menimbulkan kemarahan Korea Selatan dan China.
Beliau juga menyokong semakan semula perlembagaan pasifis pasca perang Jepun dan mencadangkan tahun ini bahawa Jepun boleh membentuk "perikatan separa keselamatan" dengan Taiwan, pulau yang diperintah secara demokratik yang dituntut oleh China.
Jika dipilih, Cik Takaichi berkata beliau akan melancong ke luar negara dengan lebih kerap berbanding pendahulunya untuk menyebarkan berita bahawa "Japan is Back!" (Jepun Sudah Kembali!)
Ibu Cik Takaichi adalah seorang pegawai polis di Nara, tempat asalnya di barat Jepun, dan bapanya bekerja dalam industri automotif kritikal Jepun.
Dalam ucapan penting bulan lalu, beliau mengadu tentang pelancong yang menendang rusa yang berkeliaran di Taman Nara, berjanji akan mengambil tindakan keras terhadap warga asing yang berkelakuan buruk - isu yang menjadi tumpuan bagi sesetengah pengundi di tengah-tengah peningkatan rekod dalam bilangan pendatang dan pelancong.
Cik Takaichi lulus dari Universiti Kobe dengan ijazah dalam pengurusan perniagaan sebelum bekerja sebagai zamil kongres di Kongres Amerika Syarikat, menurut lamannya.
Beliau menceburi politik Jepun dengan memenangi kerusi dewan rendah pada tahun 1993 sebagai calon bebas, sebelum menyertai LDP pada tahun 1996.
Beliau menentang perkahwinan sejenis dan membenarkan pasangan berkahwin mempunyai nama keluarga yang berasingan, satu isu yang mendapat sokongan awam yang meluas di Jepun tetapi menghadapi tentangan kuat dalam kalangan konservatif.

Sumber : Reuters/NK/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.