Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Jepun dedah pelan perkukuh perikatan tentera

Para pegawai kanan keselamatan dari Amerika Syarikat dan Jepun pada Rabu (11 Jan) mendedahkan rancangan untuk mengukuhkan perikatan mereka bagi membantu mengatasi ancaman daripada Korea Utara dan China, yang disifatkan sebagai cabaran terbesar di rantau tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Para pegawai kanan keselamatan dari Amerika Syarikat dan Jepun pada Rabu (11 Jan) mendedahkan rancangan untuk mengukuhkan perikatan mereka bagi membantu mengatasi ancaman daripada Korea Utara dan China, yang disifatkan sebagai cabaran terbesar di rantau tersebut.

Setiausaha Negara Antony Blinken berkata perjanjian itu mencerminkan usaha kedua-dua negara untuk mempertingkatkan kerjasama "dalam semua bidang" termasuk angkasa lepas, keselamatan siber dan teknologi baru.

"Sukar untuk menekankan betapa pentingnya perikatan AS-Jepun ini yang terjalin selama lebih tujuh dekad," kata Encik Blinken menyusuli mesyuarat di Jabatan Negara.

"Ia merupakan tunggak kedamaian dan kestabilan di Indo Pasifik, menjaga keselamatan, kebebasan dan kemakmuran rakyat dan penduduk di rantau ini."

Kedua-dua negara itu juga sedang menyemak semula kedudukan pertahanan bersama dan merancang untuk menambah kekerapan latihan tentera sedang mereka berdepan lebih banyak ancaman daripada Korea Utara dan China yang bersikap lebih agresif.

Kedua-dua Menteri Luar dan Pertahanan AS dan Jepun bersetuju untuk meningkatkan kehadiran tentera Amerika di pulau Okinawa. Sebelum pertemuan itu, Kementerian Pertahanan Jepun mengumumkan bahawa ia bersedia untuk menjalankan kerja-kerja binaan di dua pulau yang tidak berpenghuni di mana kedua-dua angkatan tentera akan mengadakan latihan tentera secara bersama.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan