Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun catat suhu tertinggi dalam sejarah pada Oktober

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun catat suhu tertinggi dalam sejarah pada Oktober

(Gambar: AFP/Yuichi YAMAZAKI)

Diterbitkan : 02 Nov 2024 01:51PM Dikemas Kini : 02 Nov 2024 03:40PM
TOKYO: Jepun mencatatkan suhu Oktober paling panas dalam sejarah sejak rekod suhu bermula pada 1898, lapor Xinhua.

Purata suhu bulanan di seluruh Jepun melebihi suhu biasa pada Oktober sebanyak 2.21 darjah Celsius, menurut data yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Jumaat (1 Nov.)

Suhu di utara Jepun meningkat sebanyak 1.9 darjah Celsius, manakala bahagian timur dan barat mencatat peningkatan suhu sebanyak 2.6 darjah Celsius.

Bandar seperti Kyoto, Nagano, dan pusat bandar Tokyo mengalami lonjakan suhu yang ketara, dengan purata suhu Oktober meningkat sebanyak 3.2 darjah Celsius, 3.1 darjah Celsius dan 2.6 darjah Celsius.

JMA menjangkakan suhu November akan kekal di atas purata.

Pola suhu tinggi tersebut berterusan di Jepun sejak Julai, menimbulkan kebimbangan terhadap kekerapan cuaca panas yang tidak mengikut musim.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan