Jepun cadang perketat syarat status penduduk tetap warga asing
Anggaran Waktu Membaca:
Jepun mencadangkan syarat lebih ketat bagi warga asing yang memohon status penduduk tetap. (Gambar hiasan: AP)
TOKYO: Agensi imigresen Jepun mencadangkan syarat lebih ketat bagi warga asing yang memohon status penduduk tetap, termasuk berkaitan pendapatan, pencen dan penguasaan bahasa Jepun.
Menurut laporan Kyodo News, garis panduan yang diumumkan pada Selasa (4 Ogos) itu sebahagian usaha Perdana Menteri Sanae Takaichi untuk mewujudkan "masyarakat teratur" bagi rakyat Jepun dan warga asing hidup bersama, di samping membanteras kegiatan menyalahi undang-undang.
Penduduk tetap boleh tinggal di Jepun tanpa had tempoh dan sekatan terhadap kegiatan mereka, sambil mengekalkan kewarganegaraan asal.
Secara amnya, warga asing perlu menetap di Jepun sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum layak memohon status tersebut.
Di bawah cadangan baharu itu, pemohon perlu mengekalkan pendapatan tahunan isi rumah melebihi purata isi rumah Jepun, berdasarkan penanda aras yang ditentukan menggunakan data kerajaan.
Pemohon juga perlu mempunyai unjuran faedah pencen setara dengan jumlah yang diterima selepas 30 tahun mencarum dalam skim pencen pekerja berdasarkan tahap pendapatan mereka.
Jika jumlah itu tidak mencukupi, pemohon boleh menggunakan aset kewangan untuk menampung kekurangan tersebut.
Garis panduan baharu itu turut memperkenalkan syarat penguasaan bahasa Jepun.
Cadangan tersebut dibuat sedang Jepun berdepan penyusutan penduduk tempatan, sementara jumlah warga asing meningkat berikutan kemasukan lebih ramai pekerja dari luar negara.
Setakat akhir 2025, kira-kira 947,000 orang memiliki status penduduk tetap di Jepun, dengan sebahagian besar berasal dari China dan Filipina.
Syarat bagi pasangan warga Jepun atau pemegang status penduduk tetap turut dicadang diperketat.
Pada masa ini, status penduduk tetap boleh diberikan jika perkahwinan berlangsung sekurang-kurangnya tiga tahun dan pasangan bukan warga Jepun menetap di negara itu sekurang-kurangnya setahun.
Cadangan baharu itu akan meningkatkan syarat tersebut kepada sekurang-kurangnya lima tahun perkahwinan dan tiga tahun menetap di Jepun.

Sumber : Bernama/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.