Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun cadang lanjutkan keadaan separa darurat COVID-19 ke 30 wilayah

Ketika Jepun sedang bergelut untuk menangani lonjakan kes COVID-19 di seluruh negara, pegawai kanan kerajaan pada Isnin (24 Jan) berkata 30 daripada 47 wilayah negara itu akan diletakkan di bawah keadaan separa darurat dalam beberapa hari akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun cadang lanjutkan keadaan separa darurat COVID-19 ke 30 wilayah

Orang ramai di Tokyo, Jepun pada 30 Jun 2021 di tengah-tengah pandemik COVID-19 (Gambar: AP/Koji Sasahara)

TOKYO: Ketika Jepun sedang bergelut untuk menangani lonjakan kes COVID-19 di seluruh negara, pegawai kanan kerajaan pada Isnin (24 Jan) berkata 30 daripada 47 wilayah negara itu akan diletakkan di bawah keadaan separa darurat dalam beberapa hari akan datang.

Maklumat itu menyusuli perbincangan oleh Perdana Menteri Fumio Kishida dengan menteri Kabinet mengenai wilayah-wilayah terbaru yang meminta untuk diletakkan di bawah langkah kecemasan COVID-19. Keputusan rasmi mengenai perkara itu mungkin diumumkan pada Selasa, lapor Xinhua, menurut sumber berkenaan.

"Kami akan bertindak dengan langkah yang seimbang berdasarkan sifat strain Omicron dengan meningkatkan aliran prosedur pencegahan, pengesanan dan rawatan awal," kata Encik Kishida semasa sesi jawatankuasa belanjawan Dewan Rakyat pada Isnin.

Keputusan akhir akan dibuat selepas kerajaan berbincang dengan panel penasihat pakar virus negara, yang akan mengesyorkan kemungkinan membenarkan lebih banyak wilayah mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih ketat seperti di 16 wilayah yang sudahpun melaksanakan langkah darurat pada Isnin.

Tindakan itu dibuat selepas kes COVID-19 di Jepun melonjak kepada rekod 54,576 pada Sabtu lalu (22 Jan) ketika varian Omicron yang sangat mudah berjangkit terus mencetuskan kebimbangan di seluruh negara.

Keadaan separa darurat membolehkan gabenor dan pegawai wilayah melaksanakan langkah pencegahan COVID-19 yang lebih ketat. Antaranya seperti meminta agar kedai makan serta bar ditutup awal dan tidak menghidangkan alkohol selain menghadkan pengunjung dalam mana-mana acara di ruangan tertutup mahupun terbuka.
 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan