Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun bimbang bencana alam bakal melanda selepas temui ikan dayung di pantainya

Khabar angin tentang bencana alam bakal melanda bertiup kencang di wadah media sosial Jepun selepas satu spesies ikan laut dalam terdampar di kawasan-kawasan pantainya.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun bimbang bencana alam bakal melanda selepas temui ikan dayung di pantainya

Gambar fail seekor ikan dayung. (Gambar: CIMI/AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 11:59AM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 12:02PM

NAMERIKAWA: Khabar angin tentang bencana alam bakal melanda bertiup kencang di wadah media sosial Jepun selepas satu spesies ikan laut dalam terdampar di kawasan-kawasan pantainya.

Sepanjang 10 hari lalu, tiga ekor ikan dayung ditemui di Toyoma Bay meskipun spesies tersebut hidup sedalam lebih 900 meter di laut dalam dan jarang timbul di permukaan, lapor South China Morning Post (SCMP).

Mengikut legenda Jepun, ikan dayung adalah 'utusan dari istana dewa laut'. Ia dipercayai akan naik ke darat sekiranya bencana alam akan berlaku.

Menurut Live Science, beberapa hari sebelum gempa Tohoku pada 2011, sekitar 20 ekor ikan itu ditemui di kawasan pantai timur laut Jepun.

Gempa yang menyusul adalah salah satu bencana yang paling dahsyat dalam sejarah - 19,000 orang maut dan loji kuasa nuklear Fukushima musnah.

Berpuluh-puluh ikan dayung juga ditemui sebelum gempa sekuat 8.8 pada skala Richter melanda Chile pada 2010.

Satu lagi ekor ikan dayung ditemui di sebuah pantai di Agusan del Norte, Filipina, beberapa hari sebelum gempa kuat meranapkan pulau Mindanao pada 11 Feb.

Lima ekor ikan juga ditemui di kawasan pantai beberapa hari sebelum berlakunya satu gempa sekuat 6.3 pada skala Richter.

Meskipun para ahli sains memberi amaran bahawa tiada kaitan antara ikan dayung dengan bencana alam, pasukan penyelidik mengatakan bahawa ikan itu mungkin dapat merasakan sekiranya bencana akan melanda.

Rachel Grant, seorang pensyarah biologi haiwan di Universiti Anglia di Cambridge memberitahu Euronews: "Apabila gempa berlaku, akan ada lebih banyak tekanan dalam tanah sehingga ion dihasilkan dan bercampur dengan air.

"Akibatnya, hidrogen peroksida akan terhasil. Hidrogen peroksida merupakan bahan toksik yang boleh membunuh ikan atau memaksa mereka meninggalkan laut dalam lalu ke permukaan laut." 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan