Jepun biaya AS$1.83 juta untuk pengebumian negara mantan PM Shinzo Abe
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Philip FONG / AFP)
TOKYO: Jepun akan membelanjakan AS$1.83 juta (S$2.5 juta) untuk mengadakan pengebumian negara buat mantan pemimpin Shinzo Abe, menurut pemerintah Jepun pada Jumaat (26 Ogos).
Ini meskipun ia mendapat tentangan daripada orang awam disebabkan kemarahan mereka terhadap pendedahan berhubung kaitan parti pemerintah dengan Gereja Penyatuan, lapor Reuters.
Encik Abe, perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat tetapi memecahbelahkan, ditembak dan terbunuh semasa satu perhimpunan pilihan raya pada 8 Julai lalu.
Walaupun khidmat pengebumian sudahpun dikendalikan sejurus selepas kematian beliau, Jepun memutuskan untuk mengadakan sebuah pengebumian negara di arena Nippon Budokan, Tokyo, pada 27 September nanti.

Menurut laporan Reuters, pemerintah Perdana Menteri Fumio Kishida, yang merupakan anak didik kepada Encik Abe, memutuskan bahawa pengebumian negara tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh dana negara.
Namun, tinjauan pendapat menunjukkan tentangan yang berterusan terhadap idea berkenaan. Dalam tinjauan terbaru yang diterbitkan pada Ahad (21 Ogos), 53 peratus daripada responden tidak bersetuju untuk mengadakan pengebumian negara berkenaan.
Kemarahan bangkit dalam kalangan orang awam disebabkan pendedahan mengenai kaitan antara parti pemerintah dengan Gereja Penyatuan. Kebanyakan responden bagi tinjauan pendapat berkenan merasakan bahawa kaitan tersebut belum dijelaskan sepenuhnya dan perkara itu membuatkan Encik Kishida kusut kepala, sekali gus menyebabkan rating sokongan bagi perdana menteri itu merosot.
Gereja tersebut diasaskan di Korea Selatan pada tahun 1950-an dan terkenal dengan perkahwinan yang dianjurkan secara besar-besaran. Sungguhpun demikian, gereja itu sudah bertahun-tahun berdepan dengan persoalan tentang bagaimana ia mendapatkan sumbangan derma, lapor Reuters.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.