Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun bersiap sedia hadapi hujan lebat ketika Taufan Mawar hampiri

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Jepun sedang bersiap sedia menghadapi hujan lebat pada Jumaat (2 Jun) sedang Taufan Mawar semakin hampir, membawa angin kencang dan hujan lebat ke sebahagian besar pulau-pulau utama negara itu.

Taufan Mawar, yang mencetuskan kemusnahan di Guam awal minggu ini, sudah melemah menjadi ribut tropika, daripada status taufan 'super' sebelum ini. Bahagian utama ribut itu dijangka melepasi selatan pulau utama Honshu sedang ia bergerak ke Pasifik.
Namun, peramal cuaca memberi amaran bahawa terdapat bahaya udara lembap dari taufan itu mungkin akan menjejas kawasan yang mengalami hujan, sekali gus menyebabkan hujan lebat.

Corak cuaca yang sama menyebabkan banjir dan tanah runtuh pada masa lalu, terutamanya pada musim panas 2018, apabila lebih 200 orang terbunuh di barat Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran banjir bagi gugusan pulau di Okinawa dan sebahagian pulau Shikoku dan Honshu, dengan ramalan sebanyak 335 milimeter hujan di bahagian barat Honshu dalam tempoh 24 jam sebelum pagi Sabtu (3 Mei).

Walaupun beberapa penerbangan ke kawasan Okinawa dibatalkan, tiada laporan lain mengenai gangguan besar-besaran atau arahan pemindahan setakat pagi Jumaat.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan