Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun beri penghormatan terakhir kepada Abe, pemimpin dunia hadir upacara persemadian negara

Upacara Persemadian Negara mantan Perdana Menteri Jepun, diadakan sebagai tanda penghormatan kepada Shinzo Abe, namun mencetuskan perbahasan tentang kewajaran beliau diberi upacara negara serta belanja besar sekitar AS$12 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun beri penghormatan terakhir kepada Abe, pemimpin dunia hadir upacara persemadian negara

Orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mantan PM Jepun Shinzo Abe di luar Nippon Budokan di Tokyo pada 27 Sep 2022. (Gambar: AFP/Yuichi Yamazaki)

TOKYO: Upacara Persemadian Negara mantan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berlangsung di ibu kota Tokyo pada Selasa (27 Sep), sekitar pukul 1 tengah hari.

Ribuan rakyat Jepun menawarkan bunga dan doa sebagai penghormatan kepada mendiang Abe sebelum upacara persemadian negara yang mencetuskan kontroversi.

Ramai pemimpin dunia dijadual menghadirinya termasuk Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Namun sebahagian rakyat Jepun mempersoalkan kewajaran mengadakan upacara Persemadian Negara bagi Encik Abe.

Mereka juga membidas belanja besar bagi upacara itu, sekitar AS$12 juta (S$17.22 juta).

Abu Encik Abe akan tiba pada sebelah petang untuk upacara di Budokan di Tokyo, tetapi sekumpulan besar penduduk sudah berkumpul dari awal pagi untuk meletakkan bunga di khemah perkabungan berhampiran.

Encik Abe mati ditembak ketika menyampaikan ucapan untuk kempen pilihan raya bagi parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) di bandar Nara (di barat Jepun), dua hari sebelum pemilihan ahli Dewan Perwakilan pada 10 Julai.

Encik Abe yang menyandang jawatan perdana menteri Jepun paling lama menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun.

Pembunuhan beliau mendedahkan hubungan rapat antara parti-parti politik Jepun termasuk LDP, yang memerintah dengan kumpulan-kumpulan agama.

Malahan separuh daripada anggota parlimen LDP mempunyai hubungan dengan Gereja Unification yang diselubungi tengkarah.

Nama mendiang Abe juga signifikan dalam kejayaannya mencergaskan kembali ekonomi Jepun menerusi strategi ekonomi "Abenomics" ketika beliau menyandang jawatan perdana menteri.

Sewaktu pentadbiran PM Abe, Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) Jepun mencatat pertumbuhan 10.9 peratus berbanding hanya 2.5 peratus pada dekad sebelumnya.
Sumber : Agensi berita/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan