Jepun beri amaran jangan ambil ubat COVID-19 tanpa kelulusan
Semakin ramai penduduk Jepun mengambil ubat COVID-19 yang diimport dan tidak diluluskan bagi penggunaan di negara itu. Menyusuli amalan itu, para pegawai kesihatan awam mengeluarkan amaran, lapor Jijji Press.

(Gambar: Agensi berita)
TOKYO: Semakin ramai penduduk Jepun mengambil ubat COVID-19 yang diimport dan tidak diluluskan bagi penggunaan di negara itu. Menyusuli amalan itu, para pegawai kesihatan awam mengeluarkan amaran, lapor Jijji Press.
Kementerian Kesihatan Jepun memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan mengambil ubat sedemikian tanpa pertimbangan berhati-hati kerana kesan sampingan dari pengambilan ubat tanpa kelulusan mungkin tidak termasuk dalam bantuan pemerintah.
Pada November lalu, seorang wanita dalam lingkungan usia 40an tahun di wilayah Shizuoka mengambil ubat ivermectin, iaitu ubat anti-parasit yang dihasilkan oleh sebuah syarikat dari India dan tidak diluluskan sebagai rawatan untuk COVID-19 di Jepun.
Beliau membuat pesanan ubat itu menerusi ejen import selepas mendapat maklumat termasuk dengan membaca kertas-kertas kajian yang tersedia di Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.
"Saya membelinya kerana saya fikir saya perlu mengambilnya, dengan menanggung risiko sendiri, untuk mencegah jangkitan," katanya.
Institut Kitasato di Jepun menjalankan ujian klinikal bagi menentukan keberkesanan ubat ivermectin dalam merawat COVID-19.
Selain itu, terdapat beberapa ubat-ubatan lain yang tidak diluluskan, termasuk ivermectic, yang dibeli oleh penduduk Jepun bagi melindungi diri daripada koronavirus, kata ejen import berkenaan.
Ini kerana penggunaan remdesivir dan dexamethasone, ubat-ubatan yang diluluskan oleh pihak pengawal selia Jepun bagi merawat COVID-19, perlu diberikan oleh doktor.
"Ramai klien yang menempah ubat-ubatan untuk merawat COVID-19 berada dalam lingkungan usia 50an dan 60an tahun, yang berisiko tinggi mengalami simptom serius," kata ejen tersebut.
"Secara am, tiada sesiapa dapat menjaminkan apa yang terkandung dalam ubat-ubatan diimport. Ia amat berbahaya diambil berdasarkan pertimbangan sendiri," kata seorang pegawai dari Jabatan Kawalan Batuk Kering dan Penyakit Berjangkit di Kementerian Kesihatan Jepun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.