Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun benarkan pelawat asing, termasuk Singapura, di bawah pakej lawatan kumpulan kecil

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun benarkan pelawat asing, termasuk Singapura, di bawah pakej lawatan kumpulan kecil

(Gambar: Charly Triballeau/AFP)

TOKYO: Jepun pada Selasa (17 Mei) menyatakan ia akan mula memperkenalkan "pelancongan ujian" dalam bentuk pakej lawatan terhad pada bulan ini sebagai cara untuk mengumpul data sebelum membuka semula sempadan negara itu sepenuhnya kepada pelancong. 

Meskipun sektor pelancongan merupakan tunggak penting bagi ekonomi Jepun, pelancong tidak dibenarkan masuk ke negara itu sejak ia mengenakan sekatan sempadan yang ketat semasa pandemik koronavirus bermula pada 2020. 

Peraturan itu dilonggarkan sedikit untuk membenarkan pelajar dan  pelawat perniagaan masuk ke negara itu. Namun, pelacong masih dilarang masuk, meskipun beberapa pemimpin industri menggesa pelawat asing dibenarkan masuk untuk memanfaatkan yen, yang sudah jatuh ke rekod terendah dalam 20 tahun. 

Agensi Pelancongan menyatakan ia akan mula membenarkan kumpulan pelancong yang kecil mulai lewat bulan ini sebagai "kes ujian" untuk mendapatkan maklumat sebelum membuka semula pelancongan secara lebih meluas pada masa akan datang. 

Pelancong berkenaan hendaklah sudah menerima tiga suntikan dos suntikan dan hanya mereka dari Amerika Syarikat, Australia, Thailand dan Singapura akan dibenarkan mengambil bahagian dalam pakej pelancongan itu. Ia dijalankan dengan agensi-agensi pelancongan dan pelancong harus diiringi pada setiap masa, menurut agensi tersebut dalam satu kenyataan. 

"Percubaan ini akan membolehkan kami untuk menilai pematuhan dan respons kecemasan bagi pencegahan jangkitan dan menetapkan garis panduan bagi agensi pelancongan dan pengendali tempat tinggal," menurutnya lagi. 

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada awal bulan ini berkata beliau  akan memastikan kawalan sempadan Jepun seiring dengan negara-negara maju lain pada Jun, tetapi tidak memberi sebarang perincian, termasuk bila sempadan negara itu akan dibuka sepenuhnya untuk pelawat asing. 

Kerajaan  berharap untuk "melonggarkan sekatan-sekatan sempadan secara beransur-ansur" yang mengimbangi kawalan jangkitan dan kemudahan memasuki  negara itu, kata Makoto Shimoaraiso, seorang pegawai Sekretariat Kabinet bagi respons COVID-19 di Jepun. 

Pada 2019, Jepun menerima 31.9 juta pelawat asing dengan perbelanjaan pelancong sebanyak 4.81 trilion yen (S$51 bilion). 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan