Jepun belum putuskan kemuka aduan rasmi ke WTO berkaitan tindakan China haramkan import makanan laut
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
TOKYO: Jepun masih belum membuat keputusan sama ada akan memfailkan aduan rasmi kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung tindakan China mengharamkan import makanan laut, susulan pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi.
Pada hujung Ogos, Jepun sudah mula melepaskan lebih 1.33 juta meter padu air terawat yang terkumpul di tapak itu sejak bencana nuklear 2011. Pelepasan kedua dijadualkan bermula pada Khamis (5 Okt).
“Masih belum diputuskan sama ada kami akan segera memfailkan aduan kepada WTO,” kata Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun Ichiro Miyashita dalam sidang akhbar selepas melancarkan acara mempromosikan makanan laut Jepun, sempena lawatan kerja ke Malaysia, pada Rabu (4 Okt).
Bagaimanapun, beliau berharap isu dengan China itu dapat diselesaikan dalam rangka kerja WTO.
Mengenai kemungkinan lebih banyak negara akan mengharamkan import makanan laut Jepun, Encik Miyashita berkata Jepun bersedia untuk memberikan maklumat yang berkaitan kepada mana-mana negara termasuk Rusia yang turut mempertimbangkan untuk mengikut langkah China.
Beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa produk makanan laut Jepun adalah selamat, sambil menambah bahawa sejak proses pelepasan air terawat dilaksanakan, Jepun telah menjalankan pemantauan ketat terhadap air dan hasil laut, paras radioaktif didapati “di bawah had paling rendah”.
Menteri berkenaan turut meredakan kebimbangan bahawa produk pertanian lain dari Jepun tidak terjejas oleh pelepasan air terawat itu.
“Banyak negara faham mengenai apa yang kami lakukan. Berkenaan dengan Rusia, mereka telah memaklumkan mereka akan mempertimbangkan langkah itu (untuk mengharamkan import makanan laut Jepun) kecuali kami dapat memberikan mereka maklumat pemantauan dan pengukuran. Kami bersedia untuk memberikan mereka maklumat ini,” katanya.

Encik Miyashita berkata kerajaan akan mengadakan lebih banyak pameran dan program pemadanan perniagaan dalam usaha untuk meningkatkan jualan, serta penggunaan makanan laut Jepun di seluruh dunia.
Beliau berkata walaupun eksport makanan laut pada Ogos telah turun 19 peratus tahun ke tahun, eksport produk seperti Japanese Yellowtail dan kerang masing-masing meningkat 84 peratus dan 41 peratus tahun ke tahun.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.