Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun bakal hantar konvoi bersenjata bagi lindungi kapal di Timur Tengah

Jepun meluluskan rancangan bagi menghantar satu konvoi bersenjata bagi melindungi kapal-kapal Jepun di Timur Tengah. (27 Dis)

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun bakal hantar konvoi bersenjata bagi lindungi kapal di Timur Tengah

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Diterbitkan : 27 Dec 2019 06:18PM Dikemas Kini : 27 Dec 2019 06:20PM

TOKYO: Jepun meluluskan rancangan bagi menghantar satu konvoi bersenjata bagi melindungi kapal-kapal Jepun di Timur Tengah. (27 Dis)

Kabinet Jepun mengumumkan, unit pasukan pertahanan itu termasuk sebuah helikopter dilengkapi dengan senjata pemusnah serta dua buah pesawat pengawas.

Unit itu akan dikerah bagi memastikan kapal-kapal Jepun di Timur Tengah berada dalam keadaan selamat.

Ia akan digunakan bagi mengumpul maklumat dan akan hanya menggunakan senjata dalam kecemasan.

Jepun mengimport hampir 90 peratus minyak mentah dari Timur Tengah. Sebuah kapal tangki Jepun adalah antara beberapa kapal antarabangsa yang diserang di rantau itu antara Mei dengan Jun tahun ini.

Amerika Syarikat dalam pada itu menuduh Iran melakukan serangan ke atas kapal Jepun itu di Selat Hormuz.

Pengerahan terkini konvoi Jepun itu bagaimanapun akan mengelakkan Selat Hormuz dan tidak akan menyertai pasukan pengawasan bersama yang diterajui pasukan Amerika Syarikat.

Sumber : CNA/MM/ur

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan