Jepun akan putuskan sendiri penyertaan Olimpik Musim Sejuk Beijing
Pihak berkuasa Jepun akan membuat keputusan bebas berhubung penyertaan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, kata Menteri Luar Yoshimasa Hayashi pada Ahad (21 Nov) seperti dilaporkan agensi Sputnik.
TOKYO: Pihak berkuasa Jepun akan membuat keputusan bebas berhubung penyertaan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, kata Menteri Luar Yoshimasa Hayashi pada Ahad (21 Nov) seperti dilaporkan agensi Sputnik.
"Jepun bercadang untuk mempertimbangkan isu-isu dari kedudukan Jepun. Ia bukan tentang apa yang anda lakukan atau apa yang anda tidak lakukan. Kami akan berpegang pada pendirian kami sahaja," kata menteri itu kepada penyiar Jepun, Fuji TV ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan Amerika Syarikat melakukan boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik itu.
Pada Khamis, Presiden AS Joe Biden berkata bahawa pentadbirannya sedang mempertimbangkan kemungkinan memboikot secara diplomatik Sukan Olimpik di Beijing.
Pada Sabtu, the Times melaporkan UK juga sedang mempertimbangkan langkah yang sama ekoran dakwaan pencabulan hak asasi manusia di China.
Temasya Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dijadual berlangsung antara 4 hingga 20 Februari 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.