Jepun akan beri dua bot peronda berkelajuan tinggi kepada Indonesia
Jepun akan memberikan dua bot peronda berkelajuan tinggi kepada Indonesia, kata Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba pada Sabtu (11 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Jepun akan memberikan dua bot peronda berkelajuan tinggi kepada Indonesia, kata Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba pada Sabtu (11 Jan).
Ini sedang Tokyo berusaha meningkatkan kerjasama dalam keselamatan maritim serantau berikutan tindakan China yang semakin agresif.
Encik Ishiba membuat janji tersebut semasa melakukan lawatan ke Jakarta, di mana beliau bertemu dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan berbincang mengenai pelbagai isu dua hala.
"Kami bersetuju untuk mengadakan perbincangan membina berkaitan keselamatan maritim, termasuk kerjasama teknikal dalam peralatan pertahanan," kata Encik Ishiba menerusi satu kenyataan bersama.
"Kami juga bersetuju untuk... membekalkan bot-bot peronda berkelajuan tinggi menerusi Bantuan Keselamatan Rasmi, yang pertama seumpamanya dengan Indonesia."
Menurut beliau, kedua-dua negara turut bersetuju untuk menjalin kerjasama dalam sektor tenaga bebas karbon, seperti kuasa geoterma, hidrogen, ammonia, dan biobahan api.
Sebelum tiba di Jakarta, Encik Ishiba mengadakan rundingan di Kuala Lumpur bersama Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
"Bagi dasar asing kami, mengukuhkan kerjasama dengan Asia Tenggara merupakan salah satu keutamaan terbesar kami," tekan Encik Ishiba.
Dengan sokongan Amerika Syarikat yang sedang berusaha menangani China, Jepun telah mengukuhkan hubungan keselamatan di rantau ini.
Lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia merupakan lawatan kerja pertama Encik Ishiba sejak beliau mula berkhidmat pada Oktober lalu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.