Jenazah pendaki M'sia Everest selamat tiba di KLIA, usaha cari seorang lagi masih diteruskan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
SEPANG: Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023), yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar pukul 7.30 pagi Sabtu (27 Mei).
Sebelum ini, jenazah mangsa diterbangkan menerusi pesawat MH115 yang berlepas dari Kathmandu, Nepal, semalam (26 Mei) pada pukul 11.30 malam (waktu Kathmandu).
Jenazah akan dibawa pulang ke Kota Kinabalu, Sabah, melalui penerbangan MH2646 pada pukul 11.35 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 2.15 petang ini.
Pada sesi penghormatan terakhir yang diadakan di Kompleks Kargo KLIA pada Sabtu, yang disertai lebih 70 anggota APM, turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin Lt Bersekutu Pertahanan Awam Miszlee Samais.

Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff turut berkenan berangkat menziarahi jenazah dan memberi penghormatan terakhir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali pada Jumaat (26 Mei) dilaporkan berkata atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke rumah mereka di Kampung Benoni, Papar, Sabah, dan kemudiannya ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni, dengan mengikut istiadat penghormatan APM.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia sehari selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak, pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari paras laut.
Allahyarham ketika itu bersama seorang lagi pendaki negara Muhammad Hawari Hashim, 33 tahun, yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran.
Muhammad Hawari dilaporkan hilang setelah berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu dan usaha mencarinya masih dijalankan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.