Skip to main content

Dunia

Jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina akan diserah kepada waris

Anggaran Waktu Membaca:
Jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina akan diserah kepada waris

Gambar: Sinar Harian

Diterbitkan : 19 Aug 2023 10:35AM Dikemas Kini : 19 Aug 2023 10:36AM
KLANG: Jenazah salah seorang daripada 10 mangsa terlibat dalam nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam dijangka diserahkan kepada warisnya pada Sabtu (19 Ogos).

Jenazah dikenal pasti sebagai penunggang motosikal khidmat penghantaran iaitu Muhammad Hafiz Mohd Salleh, 32 tahun.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa individu yang dipercayai adalah waris mangsa dilihat hadir seawal jam 8.20 pagi di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Pada Khamis (17 Ogos), sebuah pesawat dari Langkawi menuju ke Subang dilaporkan terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam.

Polis sebelum ini mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat jenis jet peribadi yang terhempas kira-kira jam 2.40 petang, menurut Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita