Skip to main content

Dunia

Jenazah Ayatollah Ali Khamenei bakal dikebumikan di makam Mashhad

Anggaran Waktu Membaca:
Jenazah Ayatollah Ali Khamenei bakal dikebumikan di makam Mashhad
Ayatollah Ali Khamenei. (Gambar: Reuters)
Diterbitkan : 04 Mar 2026 06:22PM Dikemas Kini : 04 Mar 2026 06:23PM
TEHRAN: Jenazah pemimpin ulung Iran yang terbunuh, Ayatollah Ali Khamenei, akan dikebumikan di sebuah makam Syiah di bandar kelahirannya di Mashhad, menurut Agensi Berita Fars pada Selasa (4 Mac), seperti dilaporkan Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi berita yang mempunyai kaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam itu melaporkan bahawa pengebumian dijangka berlangsung berhampiran makam Imam Reza di Mashhad, seperti yang dilakukan bagi pengebumian bapanya sebelum ini.

Kompleks makam Imam Reza di Mashhad, yang menempatkan pusara Imam Reza, iaitu Imam kelapan dalam kepercayaan Syiah Imam Dua Belas, dianggap sebagai antara tapak suci Syiah paling penting di Iran.

Menurut agensi berita itu, upacara penghormatan terakhir kepada orang ramai dijadual berlangsung di Tehran sebelum pengebumian itu, dengan butiran program dan waktu akan diumumkan kemudian.

Mashhad, sebuah metropolis di timur laut Iran dengan kira-kira tiga juta penduduk dan bandar kedua terbesar negara itu, merupakan tempat kelahiran Ayatollah Ali Khamenei yang dilahirkan pada 19 April 1939.

Beliau terbunuh dalam serangan udara di Tehran pada Sabtu.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita