Jenazah 5 sekeluarga terkorban dalam nahas semasa Aidiladha selamat dikebumikan
Anggaran Waktu Membaca:
Kesemua jenazah selamat dikebumikan pada kira-kira pukul 1.45 pagi Ahad, 8 Jun 2025. (Gambar: AWANI)
JERANTUT: Jenazah lima mangsa yang maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Jerantut-Maran, Pahang pada Sabtu (7 Jun), sudah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan di Perak, awal pagi ini (8 Jun).
Jenazah Mohamad Ikmal Ishak, 26 tahun, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23 tahun, termasuk adik kepada Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli, 21 tahun, Mohamad Azizul Hakimi, 19 tahun, dan Nurul Hazwani, 17 tahun, dibawa dari Jerantut, Pahang dan tiba di Masjid Jamek Bota Kanan untuk mendirikan solat jenazah pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah turut berada di masjid berkenaan.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri ahli keluarga, saudara dan sahabat handai mangsa.
Kesemua jenazah selamat dikebumikan pada kira-kira pukul 1.45 pagi.
Semalam, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad mengesahkan kejadian membabitkan sebuah Perodua Bezza, Myvi dan Toyota Alphard berlaku sekitar pukul 12.00 tengah malam semalam di jalan tersebut.
Beliau berkata kesemua lima mangsa yang maut menaiki kereta Perodua Bezza yang remuk teruk.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.