Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Jenayah perang" berlaku di Ukraine, menurut penyiasat PBB

Anggaran Waktu Membaca:
"Jenayah perang" berlaku di Ukraine, menurut penyiasat PBB

(Gambar: Juan Barreto/AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2022 11:23PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 11:23PM

GENEVA: Pasukan Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Jumaat (23 Sep) bahawa jenayah perang telah dilakukan dalam konflik di Ukraine, sambil menyenaraikan pengeboman Rusia di kawasan awam, pelaksanaan banyak hukuman mati dan penyeksaan di samping keganasan seksual yang mengerikan.

"Berdasarkan bukti yang dikumpulkan, pihak Suruhanjaya, membuat kesimpulan bahawa jenayah perang berlaku di Ukraine," kata ketua pasukan siasatan Erik Mose kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Pasukan penyiasat PBB lazimnya merujuk pengesahan akhir jenayah perang dan pelanggaran serupa kepada mahkamah undang-undang.

Majlis tersebut ditubuhkan oleh Suruhanjaya Siasatan - tahap siasatan tertinggi - pada Mei untuk menyiasat jenayah semasa perang Rusia di Ukraine.

Pasukan yang dianggotai tiga pakar bebas membuat pembentangan kemas kini lisan pertama mereka kepada majlis itu selepas lancarkan siasatan pertama yang merangkumi Kyiv, Chernihiv, Kharkiv dan wilayah Sumy.

Becakap sehari sebelum genap tujuh bulan sejak Rusia menceroboh Ukraine, Encik Mose berkata  "penggunaan senjata letupan oleh Persekutuan Rusia dengan kesan kawasan yang luas dengan padat penduduk," menjadi "sumber kemudaratan dan penderitaan yang besar bagi orang ramai".
 
Ukraine memuji penemuan itu, dengan Duta Besar Kementerian Luarnya, Anton Korynevych memberitahu majlis melalui video bahawa ia menandakan "satu peristiwa penting ke arah kebertanggungjawaban untuk jenayah Rusia terhadap rakyat Ukraine".

Wakil Rusia tidak hadir dan tidak memberi respons kepada laporan itu.

Beberapa negara hadir untuk mempertahankan Mosko termasuk Belarus, Syria dan Venezuela.

Sumber : AFP/HY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa