Jenayah di Paris turun mendadak di tengah Sukan Olimpik 2024
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MANAN VATSYAYANA / AFP)
PARIS: Pengerahan besar-besaran pasukan polis untuk Sukan Olimpik Paris 2024 menyebabkan penurunan mendadak pada jumlah kes jenayah di kawasan Paris, dedah Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin pada Jumaat (2 Ogos), lapor agensi berita Jerman (dpa).
Semasa lawatan ke balai polis di pinggir bandar Paris, Saint-Denis, Encik Darmanin berkata kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat telah membawa kepada penurunan besar pada jumlah kesalahan jenayah minggu lalu.
Kes pencurian merosot sebanyak 24 peratus dan kes pencurian kereta menurun sebanyak 10 peratus sejak permulaan Sukan Olimpik. Kesalahan keganasan dalam pengangkutan awam merosot sebanyak 40 peratus.
Setakat ini, 200 penangkapan dibuat di kawasan Paris, dengan 180 suspek ditahan, katanya.
Beberapa tindakan kekerasan yang dirancang dengan kemungkinan bermotif keganasan digagalkan oleh perkhidmatan perisikan, kata Encik Darmanin.
“Kami menahan orang setiap hari yang kami percaya boleh melakukan tindakan jenayah, tetapi tiada ancaman yang dikenal pasti, tiada pertubuhan dari luar yang mahu menyerang kami,” katanya.
“Penahanan hanya melibatkan individu yang bertindak sendirian,” katanya lagi.
Sekitar 30,000 anggota polis dan kira-kira 10,000 anggota tentera dikerahkan untuk menjaga keselamatan Sukan Olimpik di kawasan Paris.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.