Jenama "Buatan Makkah" dan "Buatan Madinah" dirasmikan
Arab Saudi merasmikan jenama "Buatan Makkah" dan Buatan Madinah" pada Selasa (10 Jan).

(Gambar: Shutterstock)
JEDDAH: Arab Saudi merasmikan jenama "Buatan Makkah" dan Buatan Madinah" pada Selasa (10 Jan).
Ia lanjutan daripada program "Buatan Arab Saudi" yang dilancarkan Penguasa Pembangunan Eksport Saudi pada awal tahun 2021.
Menteri Haji dan Umrah Saudi, Doktor Tawfiq Al-Rabia berkata status istimewa Makkah dan Madinah pada umat Islam telah menjadikan barangan buatan Makkah dan Madinah menjadi pilihan utama mereka.
Pihak berkuasa Saudi menyatakan barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan di Makkah dan Madinah perlu memenuhi pelbagai piawai tinggi yang telah ditetapkan.
Hampir 20 kilang dan syarikat terlibat dalam program jenama "Buatan Makkah" dan "Buatan Madinah".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.