Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah umrah yang palsukan sijil vaksin 'zalimi jemaah lain yang sudah divaksin'

Anggaran Waktu Membaca:

PARIT BUNTAR: Tindakan segelintir jemaah umrah memalsukan sijil vaksinasi untuk menunaikan umrah disifatkan sebagai menzalimi jemaah lain yang mengambil vaksin.

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim berkata, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu boleh mencalarkan kredibiliti sijil vaksinasi yang amat diperlukan untuk warga Malaysia bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.

Menurutnya, disebabkan pemalsuan itu, dibimbangi akan memberi kesan kepada pemilik sijil vaksinasi yang sah untuk menunaikan haji dan umrah pada masa akan datang.

"Hukum menipu memang tidak ada siapa kata boleh. Dia (individu palsu sijil vaksinasi) menzalimi orang yang benar-benar ambil vaksin, jadi tindakan kita tidak boleh memudaratkan orang lain.

"Kalau tindakan dia menyebabkan orang lain terzalim sebagainya, lagi-lagi nak buat umrah ataupun haji, benda-benda ini yang menyebabkan amalan ibadah haji dan umrah kita dikhuatiri tidak mabrur," katanya kepada para wartawan Astro AWANI selepas ditemui pada Majlis Pengisytiharan Sempadan Kariah dan Solat Jumaat (7 Jan) di Masjid Al-Hidayah, Taman Desa Mekar. 

Encik Zamri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa terdapat 17 jemaah umrah yang positif COVID-19 varian Omicron tidak menerima sebarang vaksin, menurut Astro AWANI.

Menurutnya, dari segi hukum jika jemaah yang menipu sijil vaksinasi tetapi menyempurnakan rukun dan syarat sah haji dan umrah, ibadah tersebut sah namun ia belum tentu diterima oleh Tuhan.

Beliau turut menasihati jemaah yang memanipulasi sijil vaksinasi untuk menunaikan umrah supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut, menurut Astro AWANI lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis (6 Jan) mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa (4 Jan) tidak menerima suntikan vaksin.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan