Jemaah umrah sambut Ramadan di Makkah dijangka meningkat
Di Arab Saudi, dua masjid paling suci Islam - Makkah dan Madinah - dijangka sesak dengan jemaah umrah Ramadan ini, khususnya pada 10 malam terakhir Ramadan.
Anggaran Waktu Membaca:
- Kerajaan Arab Saudi menguruskan kesesakan jemaah umrah di Makkah dan Madinah semasa Ramadan, terutama pada 10 malam terakhir.
- Tahun lalu, rekod 16.6 juta jemaah umrah dan lebih 92 juta kunjungan ke Masjidil Haram dicatatkan.
- Raja Salman memerintahkan pengagihan bantuan sosial bernilai lebih 3 bilion riyal Saudi kepada golongan memerlukan sepanjang Ramadan.
- Bantuan diberikan kepada setiap ketua isi rumah dan tanggungan, antara 500 hingga 1,000 riyal seorang, bagi memastikan keperluan mereka dipenuhi.
ARAB SAUDI: Di Arab Saudi, dua masjid paling suci Islam - Makkah dan Madinah - dijangka sesak dengan jemaah umrah Ramadan ini, khususnya pada 10 malam terakhir Ramadan.
Tahun lalu, angka rasmi menunjukkan jumlah rekod 16.6 juta jemaah umrah dicatatkan semasa Ramadan.
Lebih 92 juta kunjungan ke Masjidil Haram direkodkan pada bulan tersebut.
Sementara itu, sempena bulan Ramadan ini, Raja Salman memerintahkan pengagihan lebih 3 bilion riyal Saudi - atau lebih S$1 bilion - dalam bentuk bantuan sosial.
Arahan itu mencerminkan komitmen kerajaan Saudi untuk memastikan keperluan golongan memerlukan dipenuhi sepanjang bulan Ramadan ini.
Setiap ketua isi rumah dan tanggungan mereka akan menerima antara 500 riyal (S$168.87) hingga 1,000 riyal (S$337.75) setiap seorang.

Sumber : Agensi berita/DY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.