Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah umrah Indonesia diselamatkan di lapangan terbang Madinah setelah kena serangan jantung

Anggaran Waktu Membaca:
MADINAH: Beberapa pasukan perubatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Bin Abdulaziz di Madinah berjaya menyelamatkan nyawa seorang jemaah dari Indonesia yang mengalami serangan jantung di dewan keberangkatan lapangan terbang tersebut, lapor Saudi Gazette.

Pusat kawalan kesihatan lapangan terbang itu dimaklumkan mengenai jemaah berusia 73 tahun itu, yang pengsan setelah jantungnya berhenti berdegup semasa beliau berada di dewan keberangkatan antarabangsa.

Pasukan perubatan segera melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadap jemaah tersebut. Denyut nadi jantungnya kembali berdegup, selain paras oksigen naik kepada 90 peratus selepas resusitasi dilakukan sebanyak tiga kali.

Pasukan tersebut kemudian melakukan pemeriksaan perubatan setelah keadaan pesakit itu kembali stabil dan memberikannya jagaan perubatan serta menyediakan pelan rawatannya.

Pusat kawalan kesihatan di lapangan terbang Madinah itu menerima seramai 6,696 pesakit pada 10 hari pertama Ramadan.
Sumber : Agensi berita/NY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan