Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah umrah harus keluar dari Tanah Suci selewat-lewatnya 18 Jun

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi  mengumumkan bahawa Ahad (4 Jun), adalah tarikh terakhir ketibaan jemaah dengan visa umrah manakala tarikh terakhir mereka perlu keluar ialah 18 Jun, lapor Saudi Gazette.

Pengeluaran permit umrah digantung sementara bagi persiapan haji 2023 dan menerima jemaah haji dari seluruh dunia.

Selepas 18 Jun, pihak berkuasa Arab Saudi dijangka melakukan operasi besar-besaran bagi mengesan jemaah tidak memiliki visa haji di setiap bilik hotel yang terdapat di Makkah.

Laporan Saudi Gazette itu juga memetik Kementerian mengingatkan jemaah bahawa pemegang visa umrah tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji.

Musim haji tahun ini dijadualkan bermula 26 Jun sehingga 1 Julai depan dan dalam tempoh itu, sesiapa yang tiada visa haji akan dianggap sebagai kes pendatang asing tanpa izin.

Individu luar disabitkan bersalah oleh mahkamah Arab Saudi boleh dikenakan hukuman denda 50,000  riyal Saudi (S$18,000), penjara enam bulan dan diharamkan 10 tahun memasuki negara itu.

Kementerian meminta orang ramai berhati-hati ketika membuat tempahan untuk menunaikan ibadah haji.

Ia memberi amaran tentang peri pentingnya untuk tidak berurusan dengan kempen haji palsu, kerana tempahan hanya boleh dilakukan melalui platform yang diluluskan.

Bagi jemaah haji dari Eropah, Amerika dan Australia, Kementerian itu menyatakan  tempahan haji boleh dilakukan hanya melalui: Hajj.Nusuk.Sa.

Jemaah haji dari negara Islam yang ingin membuat tempahan haji pula hanya boleh berbuat demikian melalui pejabat hal ehwal haji yang bertanggungjawab mendaftarkan jemaah mereka di negara Islam.

Rombongan haji pertama Singapura berlepas ke Tanah Suci pada Khamis, 8 Jun.

Sumber : AGENCIES/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan