Skip to main content

Dunia

Jemaah umrah dinasihat pakai pelitup muka, elak waktu sesak: Penguasa Kesihatan Awam Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah umrah dinasihat pakai pelitup muka, elak waktu sesak: Penguasa Kesihatan Awam Arab Saudi

(Gambar: Rosli Razak/BERITAmediacorp)

MAKKAH: Pihak Berkuasa Kesihatan Awam (Weqaya) Arab Saudi mengeluarkan panduan kesihatan pencegahan bagi jemaah Umrah dan pelawat Masjid Nabawi untuk mengurangkan risiko jangkitan pernafasan semasa menjalankan ibadah.

Nasihat itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan sistem kesihatan Arab Saudi untuk meningkatkan kesedaran kesihatan pencegahan dalam kalangan jemaah, bagi membolehkan para jemaah beribadah dengan selamat dan selesa, lapor Saudi Gazette.

Pihak berkuasa tersebut mengesyorkan pemakaian pelitup muka semasa tawaf dan sa’i, serta di kawasan yang sesak, lapor Saudi Gazette.

Mereka juga menyatakan bahawa tindakan mengelakkan waktu puncak dan kesesakan yang teruk seboleh mungkin akan meningkatkan lagi perlindungan diri.

Jelas mereka, pematuhan kepada garis panduan itu membantu mengurangkan kemungkinan jangkitan, mengurangkan tahap teruk dan komplikasi penyakit pernafasan jika ia berlaku, mengehadkan jangkitan dalam kalangan jemaah dan pelawat, serta melindungi keluarga mereka apabila pulang ke tanah air nanti.

Antara cadangan kesihatan utama adalah mengambil vaksinasi yang diperlukan untuk Umrah, terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi seperti individu yang mempunyai penyakit kronik dan warga emas. Janji temu untuk vaksinasi boleh dibuat melalui aplikasi Sehhaty, lapor Saudi Gazette.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa langkah-langkah ini mencerminkan komitmen sistem kesihatan untuk menjaga kesihatan awam dan memastikan jemaah dapat menjalankan ibadah mereka dengan tenang dan sihat.
Sumber : Agensi berita/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita