Jemaah umrah digesa elak bersesak dan ambil gambar semasa tawaf
Anggaran Waktu Membaca:
Para Jemaah haji di Kaabah pada 24 Jun 2023. (Gambar hiasan: Sajjad HUSSAIN / AFP)
MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menggesa para jemaah umrah supaya menumpukan perhatian kepada ibadah sepenuhnya ketika melakukan tawaf di Masjidil Haram.
"Para jemaah harus menumpukan sepenuhnya kepada ibadah tanpa meninggikan suara, menghormati kesucian dan status Kaabah, serta mematuhi adab-adab ketika melakukan tawaf. Kelakuan tidak senonoh tidak sepatutnya dilakukan seperti berkumpul atau mengambil gambar," gesa pihak berkuasa itu.
Ia juga menggesa para jemaah supaya sentiasa menjaga keamanan dan tenang ketika melakukan tawaf, lapor Saudi Gazette.
Pihak berkuasa tersebut menyatakan bahawa para jemaah boleh mencium Hajar Aswad, sekiranya tidak terlalu sesak. Jemaah juga dibenarkan untuk mendirikan solat sunat dua rakaat selepas tawaf di mana-mana bahagian Masjidil Haram.
Selain itu, ia juga menggesa para jemaah supaya mengelakkan perbuatan yang mendedahkan orang lain kepada bahaya, seperti berlaku rempuhan dan kesesakan.
"Jemaah umrah harus bersungguh-sungguh melakukan ibadah dengan cara yang betul, dan mereka boleh ke pejabat fatwa yang ditempatkan di seluruh Masjidil Haram untuk mendapatkan penjelasan bagi sebarang kemusykilan berkaitan isu agama.
"Jemaah juga harus mematuhi kakitangan yang ditugaskan untuk berkhidmat kepada mereka, serta menjaga keselamatan mereka di mataf," tambah pihak berkuasa.
Ia turut menekankan bahawa dengan mematuhi arahan yang diberikan, ia menyumbang kepada keselamatan dan keselesaan jemaah di Masjidil Haram.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.