Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah tidak perlu permit solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Kementerian Haji dan Umrah mengesahkan jemaah yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah tidak perlu mendapatkan permit, lapor Saudi Gazette.

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah mengesahkan jemaah yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah tidak perlu mendapatkan permit, lapor Saudi Gazette.

Kementerian itu menyatakan bahawa kunjungan ke Masjidil Haram tidak memerlukan permit, tetapi ia adalah satu kemestian untuk mendapatkan permit bagi menunaikan umrah melalui permohonan Eatmarna.

Arab Saudi juga akan mula melihat hilal Syawal pada petang Sabtu, 29 Ramadan 1443 Hijrah bersamaan 30 April 2022.

Solat sunat Aidilfitri untuk tahun ini pula akan diadakan di seluruh negara 15 minit selepas matahari terbit.

Sementara itu, Saudi Press Agency melaporkan, lawatan dan kemasukan ke Raudah Sharif di Masjid Nabawi digantung selama enam hari bermula 28 April (27 Ramadan) hingga 3 Mei (2 Syawal).

Perkara itu diumumkan oleh Agensi Hal Ehwal Masjid Nabawi.

Agensi itu membuat keputusan berkenaan berikutan jangkaan besar pengunjung dan jemaah ke Masjid Nabawi untuk solat Tarawih dan Qiamullail pada hari-hari terakhir bulan Ramadan serta untuk solat sunat Aidilfitri.

Menurut laporan Saudi Press Agency lagi, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pengunjung dan jemaah.

Sumber : Agensi berita/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan