Jemaah, pelawat asing ke Arab Saudi perlu ada insurans COVID-19
Jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke Arab Saudi kini mesti mempunyai perlindungan insurans COVID-19.

(Gambar: Reuters)
RIYADH: Jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke Arab Saudi kini mesti mempunyai perlindungan insurans COVID-19.
Syarat terbaru itu diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan pada Ahad (2 Mei), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Langkah itu bertujuan untuk menyediakan rawatan kesihatan kepada individu yang dilindungi insurans jika dijangkiti COVID-19 sepanjang tempoh mereka berada di negara itu dan membolehkan pesakit mendapat akses segera kepada rawatan.
Ia juga menyediakan perlindungan insurans untuk menampung kos bagi kes yang dikesan serta kuarantin, selain kes kecemasan untuk pemindahan perubatan, tambah SPA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.