Jemaah Menteri Sabah dijangka angkat sumpah pada 11 Jan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
KOTA KINABALU: Sabah sekali lagi bakal menyaksikan detik bersejarah selepas melalui kemelut politik lebih seminggu apabila satu Majlis Angkat Sumpah jawatan ahli jemaah Menteri akan diadakan di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu (11 Jan).
Beberapa sumber ketika dihubungi Astro Awani pada Isnin (9 Jan), mengesahkan majlis berkenaan akan berlangsung di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu pada jam 10.00 pagi pada Rabu.
Majlis angkat sumpah itu dijangka bakal menyaksikan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memegang jawatan menteri sebelum ini akan digugurkan rentetan peristiwa 'rampasan kuasa' yang dilakukan minggu lalu.
Antara nama yang disebut bakal digugurkan daripada kabinet iaitu Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya, Bung Moktar Radin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yakub Khan, serta Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya Jafry Ariffin.

Desas-desus mengenai majlis angkat sumpah barisan kabinet Sabah mula diperkatakan selepas satu surat yang dikeluarkan pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Juhar Mahiruddin melalui Setiausaha Sulit beliau, Jijah Abdul Rashid tular di media sosial yang memaklumkan akan majlis berkenaan yang akan berlangsung pada Rabu.
Astro Awani difahamkan surat bertarikh 10 Januari 2023 itu mula tular di media sosial pada petang Selasa.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.