Jemaah Menteri perlu elak pembaziran, fokus inisiatif ringankan beban rakyat, kata PM M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri Malaysia yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan perlu mengelakkan pembaziran serta fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat, kata Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.
Dalam sidang media pengumuman kabinet beliau pada Jumaat (2 Dis), Encik Anwar berkata anggota kabinet perlu mengutamakan tata kelola yang baik semasa melaksanakan tugas masing-masing.
“Saya tetapkan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan utamakan tata kelola dan good governance dan isu yang harus diambil untuk ringkankan beban rakyat.
“Fokus utama tetap adalah pemacuan ekonomi,” katanya ketika mengulas sama ada terdapat KPI (Indeks Prestasi Utama) tertentu diletakkan terhadap Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.
Encik Anwar berkata beliau juga akan mengadakan pertemuan khas dengan Jemaah Menteri Malaysia bagi membincangkan peraturan dan hala tuju setiap kementerian.
“Kaedah baru (akan) diperkenalkan, dengan maksud memusatkan usaha dalam menjalankan kerja dan elakkan segala kecurigaan tentang kemungkinan pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa,” katanya
Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia itu memaklumkan senarai timbalan menteri akan diumumkan kemudian.
Encik Anwar pada Selasa mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri serta 28 anggota Jemaah Menteri bagi kerajaan perpaduan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing dilantik sebagai timbalan perdana menteri Malaysia.
Encik Anwar, 75 tahun, turut memegang portfolio Menteri Kewangan.

Encik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 November lalu.
Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.