Jemaah Menteri Malaysia ucap tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai PM baharu SG
Jemaah Menteri Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
“Jemaah menteri mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau yang akan mengangkat sumpah malam ini.
"Ini akan disusuli dengan ucapan tahniah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian,” kata jurucakap Kerajaan Perpaduan itu pada sidang media pascamesyuarat Kabinet pada Rabu (15 Mei).
Selepas hampir dua dekad, Singapura bakal menyaksikan peristiwa bersejarah pada petang Rabu apabila republik itu melantik Perdana Menteri baharu.
Dalam peralihan kepimpinan yang lancar, Encik Wong, 51 tahun, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura, akan menggantikan Encik Lee Hsien Loong, 72 tahun, yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri republik itu sejak tahun 2004.
Upacara angkat sumpah akan berlangsung pada 8.00 malam ini di Istana.
Encik Wong, seorang penjawat awam sebelum menceburi arena politik pada 2011, dilihat sebagai calon Perdana Menteri selepas dinamakan sebagai pemimpin pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada April 2022 selepas Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berundur.
Penyerahan teraju pucuk pimpinan itu disahkan selepas kenyataan pada 15 April apabila Encik Lee mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan pada 15 Mei.

Sumber : Bernama/SU/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.