Jemaah mandikan pencuri tabung derma masjid seperti jenazah
Tangkap layar rakaman video di media sosial.
SHAH ALAM: Gara-gara mencuri duit tabung masjid, seorang pemuda dimandikan seperti jenazah oleh para jemaah masjid.
Video berdurasi satu minit 25 saat itu tular di media sosial dan sudah dikongsikan oleh pengguna Twitter dengan memaparkan pemuda berkenaan sedang terbaring dimandikan oleh imam masjid sambil diperhatikan oleh penduduk kampung, seperti dinukil Sinar Harian.
Dalam situasi tegang, pemuda itu kemudian dilumurkan dengan kapur barus oleh seorang penduduk kampung sambil mukanya ditutup dengan kain.
Dia dilihat cuba untuk bangun dan melarikan diri ketika imam mula mencurahkan air ke atasnya yang lengkap berpakaian.
Bagaimanapun, masih belum dapat dikenal pasti di mana kejadian itu berlaku, lapor Sinar Harian.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengecam tindakan penduduk kampung yang mengenakan hukuman seperti itu terhadap pemuda terbabit seperti dinukil Sinar Harian.
“Pengajaran yang baik. Bukan dipukul sehingga mati, tetapi pengajaran sebegini lebih memberi kesan. Diharap berubah,” kata netizen @amofficialmy.
“Ini ajaran Islam ke atau hanya Islam kat nama saja, aku bukan menyokong yang mencuri, tapi biarlah hukuman diadili. Islam itu mudah dan indah, tetapi segelintir manusia yang sebegini, menampakkan Islam buruk pada pandangan,” kata netizen @Simra181.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.