Jemaah Islamiyah masih ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan
ULU TIRAM: JEMAAH Islamiyah (JI) adalah sebuah kumpulan pelampau yang ditubuhkan pada awal 1990-an untuk membentuk 'negara Islam' meliputi selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan selatan Filipina.
Kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu diasaskan pada 1993 oleh Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar, yang berasal dari Indonesia.
Para anggota mereka difahamkan dilatih di Afghanistan dan selatan Filipina dan mula melakukan serangan pada tahun 1999, menurut Astro Awani.
Kewujudan rangkaian tersebut dikesan pada akhir 2001 setelah pihak berkuasa Singapura berjaya mematahkan rancangan untuk menyerang sasaran berkaitan dengan Angkatan Tentera Laut Amerika.
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Menurut Astro Awani, kumpulan itu juga dikaitkan dengan beberapa serangan lain seperti pengeboman Hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003 yang membunuh 12 orang, pengeboman Kedutaan Australia pada 2004 yang meragut nyawa 22 orang dan beberapa serangan lain di Indonesia dan Filipina.
Sejak 2002, pemerintah-pemerintah di Asia Tenggara telah berusaha dengan gigih untuk menangani ancaman JI melalui kerjasama keselamatan, penangkapan anggota mereka dan usaha untuk memulihkan mereka.
Pihak berkuasa Thailand telah menahan ketua operasi JI pada 2003 manakala polis Indonesia membunuh pembuat bom utama JI pada 2005 selain menangkap dua pemimpin kanan kumpulan itu pada 2007.
Pada 2008, pihak berkuasa Malaysia menangkap dua anggota kanan JI di Kuala Lumpur dan pada 2009 menangkap kembali Mas Selamat Kasteri, ketua JI Singapura yang melarikan diri.
Selepas 2009, JI dibayangi oleh kumpulan pecahan dan pengganas lain di Indonesia.
Beberapa bekas anggota JI dan pengganas yang selesai menjalani hukuman penjara bertindak meneruskan aktiviti mereka.
Umar Patek, pengganas Indonesia, ditangkap pada Januari 2011 dan didakwa pada Jun 2012 atas peranannya dalam pengeboman Bali 2002, dan telah dijatuhi hukuman 20 tahun penjara.
Pada November 2012, pasukan keselamatan Filipina membunuh pemimpin kanan JI, Sanusi.
Sementara pada September 2009, polis Indonesia membunuh Noordin Mat Top, salah seorang anggota pelampau warga Malaysia yang pernah menjadi individu paling dikehendaki Indonesia dan pengganas paling dikehendaki Asia.
Walaupun kumpulan tersebut telah dilemahkan dengan ketara, ia masih dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan serantau, menggunakan strategi yang lebih tersembunyi.
JI kini memberi fokus kepada usaha membina sokongan dan menyebarkan ideologi melalui penyusupan dalam sektor politik dan sosial di Indonesia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.