Skip to main content

Dunia

Jemaah ingin tunai Haji mesti lengkap divaksin selewat-lewatnya 10 hari sebelum musim Haji

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa tarikh terakhir bagi jemaah untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah 10 hari sebelum musim Haji. 

Salah satu syarat bagi membolehkan jemaah menunaikan Haji adalah penerimaan vaksin COVID-19, lapor Saudi Gazette. 

Kementerian itu berkata demikian semasa menjawab pertanyaan seorang individu di akaun rasminya di Twitter. Individu tersebut bertanya sama ada menerima suntikan dos ketiga COVID-19 adalah salah satu syarat untuk menunaikan Haji. 

Kementerian itu menjelaskan, jemaah harus lengkap divaksin COVID-19 untuk menerima permit Haji. 

Pengagihan permit Haji bagi tahun 1444 AH akan bermula pada 15 Syawal, bersamaan 5 Mei, menurut Kementerian tersebut. 

Kementerian tersebut turut menarik perhatian, ia menetapkan 10 Syawal sebagai tarikh terakhir untuk jemaah tempatan membuat bayaran ansurans yang ketiga dan terakhir bagi tempahan Haji mereka. 

Ansurans terakhir tersebut membentuk 40 peratus daripada bayaran pakej yang diluluskan buat musim Haji akan datang.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita