Jemaah haji tertua tahun ini wanita Algeria 130 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/SPA)
JEDDAH: Sarahouda Stiti, wanita warga Algeria 130 tahun, disambut dengan mesra ketika tiba di Arab Saudi untuk menunaikan haji.
Saudia Airlines berkongsi perkara tersebut di platform media sosial X.
"Saudia mengalu-alukan ketibaan Sarahouda Stiti dari Algeria. Pada usia 130 tahun, dia adalah jemaah haji tertua yang menaiki penerbangan Saudia."
Syarikat penerbangan tersebut juga berkongsi video kakitangannya menyambut Cik Sarahouda di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.
Menurut laporan Saudi Press Agency (SPA), setakat 10 Jun, 1,547,295 jemaah sudah tiba untuk musim haji tahun ini.
Jumlah tersebut termasuk jemaah yang memasuki negara itu melalui udara, pelabuhan darat dan laut.
Menurut data ketibaan, 1,483,312 jemaah tiba melalui udara, 59,273 jemaah melalui pintu masuk di darat dan 4,710 jemaah melalui pelabuhan laut.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.