Jemaah haji Tarwiyah di Mina sebelum ke Arafah

(Gambar: AFP/FADEL SENNA)
Pihak berkuasa Saudi telah membuat semua persiapan yang diperlukan dengan rapi bagi memastikan pelaksanaan ibadah haji berjalan lancar.
Tarwiyah merupakan suatu proses ibadah haji yang dilakukan pada 8 Zulhijjah, sebelum Wukuf di Padang Arafah. Tarwiyah dilakukan jemaah dengan cara meninggalkan Makkah menuju Mina dengan berpakaian ihram dan berniat untuk menunaikan ibadah haji.
Di Mina mereka menunaikan solat Zuhur, Ashar, Maghrib, Isyak hingga Subuh pada 9 Zulhijah 1445 H. Jemaah yang mengikuti ibadah ini rata-rata menuju Mina dengan menggunakan bus. Namun, ada juga jemaah yang berjalan kaki.
Sebelum itu, jemaah melakukan Tawaf Qudum pada Khamis.
Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi meneruskan usaha bersama untuk memudahkan akses kepada pintu masuk dan koridor menuju ke kawasan mataf.Kawasan mataf dapat menampung 108,000 orang sejam di semua tingkat, iaitu di kawasan halaman, tingkat bawah dan tingkat satu, tingkat mezanin pertama dan kedua serta tingkat kedua bumbung.
Ia dapat menampung 203,000 jemaah sejam, di setiap tingkat Masjidil Haram.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.