Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah haji singgah di Muzdalifah selepas tinggalkan Arafah sebelum ke Mina

Anggaran Waktu Membaca:
MUZDALIFAH: Para jemaah haji singgah di Muzdalifah selepas meninggalkan Arafah sebelum ke Mina.

Sejurus matahari terbenam pada Sabtu (15 Jun), para jemaah mula bergerak ke Muzdalifah dengan teratur sambil membaca talbiyah.

Pergerakan mereka dilakukan secara lancar, dengan khidmat disediakan kerajaan Arab Saudi untuk para jemaah menunaikan ibadah dengan mudah dan selesa, lapor Saudi Gazette.

Setibanya di Muzdalifah, mereka menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak.

Para jemaah kemudian berehat di Muzdalifah sebelum ke Mina sebelum solat subuh pada Ahad (15 Jun), iaitu hari pertama Aidiladha.

Setibanya di Mina, para jemaah akan melakukan lontar pertama jamrah Aqaba sebelum boleh bertahlul awal.

Hari ini juga para jemaah haji akan mula melakukan ibadah korban.

Bertahalul bermakna mencukur rambut dan bergerak ke Makkah untuk menunaikan Tawaf Al-Ifadah dan Sai jika keadaan tidak sesak.

Selama baki dua atau tiga hari Tasyrik akan datang, para jemaah haji akan bermalam di Mina dan menyempurnakan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah sebelum selesai rukun haji.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan