Jemaah Haji perlu sedia hadapi cuaca panas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
MADINAH: Para jemaah haji yang menziarahi Madinah diingatkan agar bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cuaca panas di Madinah.
Pengarah Operasi Madinah Ashrof Shamsuddin berkata suhu di Madinah pada waktu ini mencecah 40 darjah Celcius pada sebelah siang dan 26 darjah Celcius waktu malam.
Beliau berkata keadaan cuaca di Arab Saudi adalah panas dan kering berbanding di Malaysia iaitu panas dan lembap.
"Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengingatkan jemaah haji supaya banyakkan minum air kosong, berada di tempat yang tidak terdedah secara terus kepada cuaca panas serta tidak memakai pakaian ketat," katanya.
Beliau turut mengingatkan jemaah haji Malaysia supaya menyertai kumpulan WhatsApp mengikut jadual penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung aktiviti ketika musim haji 1444 Hijrah.
Menurutnya inisiatif dilaksanakan Tabung Haji (TH) pada tahun ini bertujuan memudahkan jemaah haji mengetahui aktiviti harian mereka berbanding kaedah menampal notis sebelum ini.
"Aktiviti kumpulan penerbangan ini berbeza-beza, jadi dengan mengetahui maklumat secara terus di hujung jari akan memudahkan para jemaah," katanya.
Beliau berkata bagi warga emas yang tidak mempunyai aplikasi itu, rakan sebilik mereka diharap membekalkan maklumat yang disampaikan TH dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Encik Ashrof berkata bagi fasa pertama, sebanyak 45 penerbangan jemaah haji Malaysia akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz secara berperingkat bermula 21 Mei.
Encik Ashrof berkata jemaah haji akan ditempatkan di tiga bangunan di sini dan berada selama enam hari sebelum berangkat ke Makkah.
Sepanjang berada di Madinah, pelbagai aktiviti diatur antaranya menziarahi makam Nabi Muhammad, memasuki Raudhah di Masjid Nabawi serta menziarahi tempat bersejarah di Madinah.
"Persiapan menanti ketibaan jemaah haji berjalan lancar dan kita telah bersedia menerima duyufurrahman (tetamu Allah)," katanya menambah secara keseluruhan 14,000 jemaah akan tiba di Madinah secara berperingkat.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.