Jemaah haji M'sia diingatkan patuhi undang-undang; pihak berkuasa Saudi berhak ambil tindakan wajar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang akan menunaikan haji dinasihatkan supaya menjaga nama baik negara dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang termasuk menyalah guna visa umrah atau pelancongan.
Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Haji Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang negara Arab Saudi, malah akan mengeruhkan hubungan baik antara kedua-dua negara.
“Bukan saja tahun ini, tapi pada tahun lepas pun ada juga yang melaksanakan perkara itu dan saya boleh mengatakan mereka telah dikenal pasti oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Putra pada Sabtu malam (13 Mei).
Beliau berkata perkara tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana pihak berkuasa negara itu akan menjalankan pemeriksaan dan berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Encik Syed Saleh berkata kira-kira 1,600 bakal jemaah haji menyertai kursus perdana anjuran Lembaga Tabung Haji tersebut yang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara bermula 29 April hingga Ahad (14 Mei).
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia adalah pada 21 Mei ini.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.