Skip to main content

Dunia

Jemaah haji diseru junjung tinggi nilai kekeluargaan dalam Khutbah Arafah Imam Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah haji diseru junjung tinggi nilai kekeluargaan dalam Khutbah Arafah Imam Masjidil Haram

Jemaah di Masjidil Haram pada 2 Jul 2022. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Jun 2025 09:28PM Dikemas Kini : 05 Jun 2025 09:29PM
ARAFAH: Para jemaah Haji berhimpun di Masjid Namira di Arafah pada Khamis (5 Jun) untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar berjemaah sempena sunnah Nabi Muhammad SAW.

Ini di tengah-tengah tahap keselamatan yang cekap dan perkhidmatan-perkhidmatan lebih bersepadu.

Menyampaikan Khutbah Hari Arafah, Sheikh Dr. Saleh bin Humaid, Imam Masjidil Haram, menyeru ketakwaan kepada Islam dan ajarannya yang disempurnakan pada hari ini,

Beliau turut menekankan nilai-nilai kekeluargaan, kejujuran, akhlak mulia, dan inti pati rohani solat, dengan menyatakan bahawa ini adalah komponen penting dalam iman yang hakiki.

Beliau menegaskan bahawa mengakui Nabi Muhammad sebagai rasul terakhir memerlukan ketaatan kepada ajarannya, selari dengan nilai-nilainya, dan menolak pembaharuan yang bercanggah dengan ajaran dan nilai-nilai agama (bidaah). Beliau menambah bahawa solat bukan sahaja menghubungkan orang beriman kepada Allah tetapi juga menanamkan disiplin, penyucian diri, dan kesedaran rohani, lapor Saudi Gazette.

Khutbah itu juga memuji usaha kepimpinan Saudi dalam menyantuni jemaah haji, menjaga keselamatan dan kesejahteraan mereka, dan membolehkan mereka menunaikan ibadah haji dengan tenang. Syeikh Bin Humaid juga menggesa semua jemaah haji supaya mematuhi peraturan haji sebagai kewajipan agama dan moral yang memastikan kerjasama, keselamatan, dan ketenteraman diri sendiri dan jemaah lain.

Masjid Namira, salah satu mercu tanda Islam paling terkemuka di Arafah, menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu jemaah haji. Masjid itu, yang pada asalnya dibina semasa era Abbasiyah dan diperluaskan secara besar-besaran di bawah pemerintahan Saudi, berkeluasan lebih 110,000 meter persegi dan boleh menampung lebih 350,000 jemaah. Ia mempunyai enam menara, tiga kubah, dan 10 pintu utama dengan 64 pintu.

Tahun ini, Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menyediakan 19 tempat berteduh baharu di halaman belakang masjid tersebut untuk menurunkan suhu sehingga 10 darjah Celsius, menyapu lapisan pemantul cahaya di tanah, dan memasang 117 kipas. Sistem pengudaraan dan penyaman udara bijak juga digunakan, yang mampu menyegarkan udara pada kapasiti 100 peratus sebanyak dua kali setiap jam, memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk jemaah haji.
Sumber : Agensi berita/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita