Skip to main content

Dunia

Jemaah Haji dihadiah Al-Quran dalam 80 bahasa sebelum pulang ke tanah air

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah Haji dihadiah Al-Quran dalam 80 bahasa sebelum pulang ke tanah air

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 May 2026 06:29PM
JEDDAH: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan cawangan Wilayah Makkah mula mengedarkan naskhah Al-Quran hadiah daripada Penjaga Dua Kota Suci di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

Inisiatif tersebut bertujuan memastikan jemaah haji antarabangsa menerima naskhah masing-masing sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanah air, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kempen itu melibatkan pengagihan keseluruhan sebanyak 1.9 juta naskhah Al-Quran yang dicetak oleh Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah.

Naskhah terjemahan yang tersedia dalam lebih 80 bahasa itu membolehkan jemaah haji yang pulang untuk mempelajari ayat-ayat suci berkenaan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Kementerian berkenaan mengesahkan bahawa pengedaran akan diteruskan sepanjang masa di semua pintu masuk udara, darat dan laut dalam beberapa hari akan datang.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita