Skip to main content

Dunia

Jemaah haji dibahagi kepada 2 kumpulan bagi pergerakan keluar dari Mina ke Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Abdelfattah Mashat berkata pihak berkuasa memutuskan untuk membahagikan para jemaah haji kepada dua kumpulan untuk pergerakan keluar dari Mina ke Masjidil Haram, pada dua hari iaitu pada Jumaat (30 Jun) dan Ahad.

Ini bagi mengelakkan kesesakan di jambatan kompleks melontar jamah di Mina dan memastikan pergerakan lancar para jemaah haji ke Masjidil Haram untuk tawaf Wida atau selamat tinggal.

Dr. Abdelfattah menarik perhatian pelan pembahagian pergerakan jemaah itu pernah dilaksanakan dengan jayanya semasa musim haji sebelum pandemik.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Saudi itu menambah fasa pergerakan jemaah haji sejauh ini berjaya dijalankan.

Namun, Kementerian Agama Indonesia dilaporkan sudah mengemukakan rasa tidak puas hati terhadap layanan terhadap para jemaah hajinya di Mina dan Muzdalifah.

Malah, kesesakan laluan jalan raya ulang alik dari Muzdalifah ke Mina menyebabkan ramai jemaah haji Indonesia terkandas.

Dr. Abdelfattah berkata pihak syarikat Saudi yang gagal mematuhi jadual yang ditetapkan untuk mereka, akan ditentukan selepas musim haji nanti.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Saudi itu juga mengumumkan tiada laporan tentang rempuhan semasa waktu puncak melontar jamrah dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Sumber : AGENCIES/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita