Jemaah haji berkumpul di Arafah untuk wukuf
Sekitar dua juta jemaah haji mula membanjiri dataran di Bukit Arafah untuk melakukan ibadah paling penting dalam haji pada Isnin ini (20 Ogos).

Gambar fail.
ARAB SAUDI: Sekitar dua juta jemaah haji mula membanjiri dataran di Bukit Arafah untuk melakukan ibadah paling penting dalam haji pada Isnin ini (20 Ogos).
Para jemaah diwajibkan berkumpul di Bukit Arafah sehingga terbenam matahari pada hari ke-9 Zulhijjah.
Mereka akan menumpukan perhatian kepada ibadah sembahyang dan yang lain, di samping memohon rahmat dan keampunan daripada Allah serta melaungkan “Labbayk Allahumma Labbayk (Aku datang memenuhi panggilan Mu ya Allah).”
Para jemaah kemudian akan menuju ke Muzdalifa untuk bermalam, seperti yang dituntut bagi setiap jemaah, dan selepas itu melakukan lontaran batu di ketiga-tiga Jamarah.
Menurut Pihak Berkuasa bagi Statistik bahawa pada Ahad (19 Ogos), jumlah jemaah mencecah 1,966,461 dan jumlah akhir akan diumumkan pada Isnin malam (20 Ogos), hari Arafah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.